Thursday, January 26, 2023

BUKU SHOW YOUR WORK

 Teks : Firdaos Mohd Rawi


Kalau anda pernah baca buku Steal Like An Artist, anda boleh dapatkan juga buku ini. Show Your Work. Austin Kleoin, adalah penulis bagi kedua buah buku ini.


Buku Steal Like An Artist adalah satu buku best seller. Banyak kebaikan daripada buku ini.

Dan buku Show Your Work hasil tulisan beliau ini juga banyak mengajar dan memberikan tips untuk setiap orang. Dalam buku ini, dia cuba meyakinkan kepada anda untuk kongsikan apa sahaja yang anda buat. 

Untuk saya ia sangat baik untuk dilakukan sebab selalunya kita akan rasa tak yakin pada diri. Kita biasanya rasa apa yang kita buat ni biasa-biasa sahaja. Dan kita rasa untuk kita kongsikan sesuatu, kita mesti jadi pakar dahulu.

Dia memberi keyakinan kepada kita bahawa apa yang kita lakukan adalah satu proses yang tidak ada titik noktah. Kongsikan sahaja proses. Jika anda sedang belajar melukis, anda kongsikan proses lukisan anda. Dari lukisan yang mula-mula anda buat dan segala proses sehinggalah ia menjadi. 

Dan proses itu tetap akan berterusan sehinggalah sampai menjadi seorang yang pakar.

Jadi dengan perkongsian itu, ramai juga yang boleh belajar. 

10 point penting dalam buku ini.

1- Anda tidak perlu menjadi seorang yang genius untuk berkongsi.

2- Fikirkan tentang proses bukan hasil. 

3- Kongsikan perkara-perkara kecil setiap hari. 

4- Buka almari rasa ingin tahu anda.

5- Cerita perkara yang bagus

6- Ajar apa yang kamu tahu

7- Jangan spam manusia

8- Belajar waktu yang sesuai untuk bertindak

9- Menjual

10- Stick around. 

Buku ini bukan hanya untuk orang yang berkebolehan sahaja. Bukan untuk doktor, bukan untuk jurutera tetapi untuk sesiapa sahaja agar mula berkongsi. Sudah sampai masa untuk berhenti terperangkap dalam kerisauan dan mula berkongsi. 



No comments:

Post a Comment