Wednesday, January 25, 2023

HIDUP INI ADALAH MARATON

 Teks : Firdaos Mohd Rawi

Hidup ini adalah maraton setiap orang. Jika anda terlibat dengan larian maraton, anda akan sedar setiap orang perlu menikmati larian mereka mengikut diri mereka sendiri. 

Ada yang berlari lebih pantas berbanding dengan orang lain. 
Namun, tidak digalakkan mereka yang berlari perlahan berkejaran dengan mereka yang mampu lari laju. Jika dia kejar, kemungkinan untuk tidak dapat habiskan larian itu sangat tinggi. Dia akan penat.

Disebabkan hidup ini ibarat satu larian maraton, maka sedar tentang pencapaian diri atau anak adalah untuk tidak dibanding-bandingkan. 

Yang paling penting adalah belajar tentang habit yang baik. Kelakuan yang baik. Jangan bandingkan pencapaian anak dalam pelajaran. 

Katakanlah yang berjaya dapat capai markah tinggi. Kerja hebat. Jadi apa yang berlaku? Adakah hidup dia sudah berjaya. Adakah dia berjaya menikmati kehidupan dia? 

Hidup ini adalah tempat untuk hidup. Ada yang kehidupan mereka sederhana. Tetapi masih lagi boleh makan dan minum dengan senyuman yang manis. 

Ada yang mempunyai banyak wang tetapi tidak mempunyai selera makan yang besar. 

Apabila kita bandingkan diri kita dengan orang lain kita akan stress. 
Apabila kita bandingkan diri anak kita dengan orang lain, anak kita juga akan stress. 

Apa salahnya anak belajar tetapi masih tidak pandai? Teruskan belajar. Teruskan menikmati pelajaran. 

No comments:

Post a Comment