Thursday, January 26, 2023

BUKU SHOW YOUR WORK

 Teks : Firdaos Mohd Rawi


Kalau anda pernah baca buku Steal Like An Artist, anda boleh dapatkan juga buku ini. Show Your Work. Austin Kleoin, adalah penulis bagi kedua buah buku ini.


Buku Steal Like An Artist adalah satu buku best seller. Banyak kebaikan daripada buku ini.

Dan buku Show Your Work hasil tulisan beliau ini juga banyak mengajar dan memberikan tips untuk setiap orang. Dalam buku ini, dia cuba meyakinkan kepada anda untuk kongsikan apa sahaja yang anda buat. 

Untuk saya ia sangat baik untuk dilakukan sebab selalunya kita akan rasa tak yakin pada diri. Kita biasanya rasa apa yang kita buat ni biasa-biasa sahaja. Dan kita rasa untuk kita kongsikan sesuatu, kita mesti jadi pakar dahulu.

Dia memberi keyakinan kepada kita bahawa apa yang kita lakukan adalah satu proses yang tidak ada titik noktah. Kongsikan sahaja proses. Jika anda sedang belajar melukis, anda kongsikan proses lukisan anda. Dari lukisan yang mula-mula anda buat dan segala proses sehinggalah ia menjadi. 

Dan proses itu tetap akan berterusan sehinggalah sampai menjadi seorang yang pakar.

Jadi dengan perkongsian itu, ramai juga yang boleh belajar. 

10 point penting dalam buku ini.

1- Anda tidak perlu menjadi seorang yang genius untuk berkongsi.

2- Fikirkan tentang proses bukan hasil. 

3- Kongsikan perkara-perkara kecil setiap hari. 

4- Buka almari rasa ingin tahu anda.

5- Cerita perkara yang bagus

6- Ajar apa yang kamu tahu

7- Jangan spam manusia

8- Belajar waktu yang sesuai untuk bertindak

9- Menjual

10- Stick around. 

Buku ini bukan hanya untuk orang yang berkebolehan sahaja. Bukan untuk doktor, bukan untuk jurutera tetapi untuk sesiapa sahaja agar mula berkongsi. Sudah sampai masa untuk berhenti terperangkap dalam kerisauan dan mula berkongsi. 



Wednesday, January 25, 2023

HIDUP INI ADALAH MARATON

 Teks : Firdaos Mohd Rawi

Hidup ini adalah maraton setiap orang. Jika anda terlibat dengan larian maraton, anda akan sedar setiap orang perlu menikmati larian mereka mengikut diri mereka sendiri. 

Ada yang berlari lebih pantas berbanding dengan orang lain. 
Namun, tidak digalakkan mereka yang berlari perlahan berkejaran dengan mereka yang mampu lari laju. Jika dia kejar, kemungkinan untuk tidak dapat habiskan larian itu sangat tinggi. Dia akan penat.

Disebabkan hidup ini ibarat satu larian maraton, maka sedar tentang pencapaian diri atau anak adalah untuk tidak dibanding-bandingkan. 

Yang paling penting adalah belajar tentang habit yang baik. Kelakuan yang baik. Jangan bandingkan pencapaian anak dalam pelajaran. 

Katakanlah yang berjaya dapat capai markah tinggi. Kerja hebat. Jadi apa yang berlaku? Adakah hidup dia sudah berjaya. Adakah dia berjaya menikmati kehidupan dia? 

Hidup ini adalah tempat untuk hidup. Ada yang kehidupan mereka sederhana. Tetapi masih lagi boleh makan dan minum dengan senyuman yang manis. 

Ada yang mempunyai banyak wang tetapi tidak mempunyai selera makan yang besar. 

Apabila kita bandingkan diri kita dengan orang lain kita akan stress. 
Apabila kita bandingkan diri anak kita dengan orang lain, anak kita juga akan stress. 

Apa salahnya anak belajar tetapi masih tidak pandai? Teruskan belajar. Teruskan menikmati pelajaran. 

Monday, January 16, 2023

APA NAK BUAT BILA TULISAN 'DICURI'

 Teks :  Firdaos Mohd Rawi

Masalah plagiat dalam penulisan ini kalau kita nak bincang boleh ke tidak, ia bergantung kepada individu. Tidak semua orang dapat faham, bagaimana seorang penulis dia bekerja. Macamana dia nak dapatkan idea kemudian nak tumpahkan idea itu ke atas kertas. kalau dulu dalam kertas,  sekarang dalam media elektroniik. Mungkin dalam facebook, instagram blog dan lain-lain. 


Tidak semua orang tahu penat dan lelahnya seorang petani yang menghasilkan sebutir beras. Jadi orang yang buang nasi tidak seralat orang yang membanting tulang untuk pastikan beras terhasil. 


Begitu juga pemain filem, yang menghasilkan filem. Masa, tenaga idea sehingga terhasil sebuah filem tu, tiba-tiba kena cetak rompak. 

Geram, marah kecewa semua ada. 

Penulis juga begitu. Dia macam, bila dapat tahu hasil karya kena ambil dengan orang kemudian ko kena marah balik. Sebab orang kata kau kedekut. Idea tu bukan kau punya. 

Sebab mungkin mereka kabur dan tidak faham, karya yang ditulis itu bukan sekadar meletakkan aksara. Bukan sekadar menggerakkan jari. Dia macam emosi juga tau. Tapi hakikatnya memang tak semua orang akan faham. 

Dia macam kau balik kampung, mak kau masak tiba kau kata ko dah makan tau. 

Kau rasa tak pe. Tapi bila fikir semula, karipapa yang nak dikatakan karipap tu sebelum jadi karipap, berapa banyak proses mak kena buat. 

Kurang-kurang 5 step juga. Nak pergi beli barang. Berapa jam? Pergi naik motor. Ada juga yang pergi naik basikal. Cari kentang, tepung sardin ke daging ke dalam 4 ke 5 bahan juga . 


Balik nak kena uli. Nak itu dan ini. Penat. Letih. 

Lagi penat bila anak kata taknak makan. Bila dah jadi mak ayah budak baru faham. Sebab dah rasa. Walaupun sekarang ni kita jarang buat kueh walaupun kita beli tiba anak taknak makan, dia ada rasa penat juga lah. 

Apa nak buat? 

Masa awal saya menulis blog dulu, saya pernah ditegur oleh guru saya. Masa dah tulis beberapa entry dekat blog, saya ada letak macam gadjet la. Tak bagi orang copy paste. Benda tu kita memang boleh buat. Tapi kena tegur. Kedekut. Saya buang gajet tu. Dia tegur tu bukan sebab dia kata biarlah orang tiru. Tapi ada sebab lain. 

Apapun, untuk saya. Bagi saya plagiat ini satu perbuatan ang baiknya dielakkan. Kita boleh tulis semula perkara yang sama tajuk yang sama dengan gaya kita sendiri. Elakkan ambik barang orang. 

NAK TULIS APA

Teks : Firdaos Mohd Rawi


Ada masa tak tahu nak tulis apa. Tak tahu nak tekan askara apa. Tulis padam tulis dan terus padam laptop. Walaupun begitu, rasanya perlu tulis sesuatu. 

Jadi saya adakan blog ini. Sebelum ini dah ada blog. Dalam tu saya kongsi tentang al-Quran. Tidak lengkap sepenuhnya, tetapi sedikit sebanyak boleh beri manfaat kefahaman tentang al-Quran. 

Di sini saya cuba kongsikan tentang kehidupan.